Font Size:
Penggunaan Bahan Bantu Belajar Matematik di kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Zon Tenggara Daerah KulaiJaya
Last modified: 2015-09-03
Abstract
Penggunaan bahan bantu belajar merupakan intipati dalam membantu guru melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenalpasti BBB Matematik yang digunakan oleh guru dan masalah pengunaannya. Seramai 40 orang guru Matematik dari sekolah rendah di Zon Tenggara Daerah Kulaijaya,Johor terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah borang soal-selidik yang telah melalui proses pengesahan dari pakar dan kajian rintis. Data ordinal dari soal selidik dianalisis menggunakan program Statistical Package for Sciences (SPSS) Version 16.0 for Windows untuk mendapatkan peratusan dan mod. Hasil dapatan kajian menunjukkan BBB Matematik yang paling banyak digunakan ialah B bahan bercetak. Manakala, masalah yang di hadapi oleh guru-guru dalam penggunaan BBB Matamatik adalah kekangan masa dan beban tugas yang banyak. BBB bahan bercetak banyak digunakan di kalangan guru-guru adalah kerana proses penyediaannya mudah tanpa memerlukan masa yang panjang dan lama