Last modified: 2015-09-01
Abstract
ABSTRAK
Matlamat kajian kepuasan kerja ini adalah untuk melihat tahap kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah Kolej Vokasional Daerah Johor Bahru, Johor selepas Program Transformasi Pendidikan Vokasional dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tujuh persoalan kajian. Responden dari tiga buah Kolej Vokasional iaitu Kolej Vokasional ERT Azizah, Kolej Vokasional Tanjung Puteri dan Kolej Vokasional Perdagangan telah dipilih untuk kajian ini. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah Jobs Descriptive Index (JDI) dan seramai 176 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan pemilihan responden ditentukan secara rawak. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 17.0 untuk mendapat kan skor min, sisihan piawai dan ujian rank Mann-Whitney U. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja berada dalam tahap sederhana. Keputusan ujian min rank menunjukkan tahap kepuasan kerja pensyarah lelaki lebih rendah dari pensyarah perempuan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja berdasarkan jantina. Kesimpulannya, tahap kepuasan kerja amat penting kepada setiap individu yang bekerja terutama pensyarah KolejVokasional walau dalam apa keadaan sekalipun kerana pekerja yang berpuashati dengan kerjanya akan menjadi lebih produktif.