Last modified: 2015-09-01
Abstract
Lesson Study merupakan salah satu alat bagi melaksanakan Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia. Pendekatan ini bertujuan untuk meiningkatkan kualiti pendidikan melalui amalan perbincangan secara kolaborasi melalui pembentukan komuniti pembelajaran yang baik dan aktif. Pelaksanaan lesson Study di Malaysia bermula pada tahun 2011 dimana sebanyak 289 sekolah terlibat secara formal dan kini menjadi pendekatan yang perlu diamalkan di sekolah. Namun, Lesson Study telah bertapak di Jepun sejak 100 tahun lalu dan telah menjadi sebahagian budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan pelaksanaan lesson study di Malaysia dan Jepun. Pemerhatian di sekolah dan temu bual kepada guru telah dilakukan di Jepun dan Malaysia. Perbincangan memberi tumpuan kepada proses pelaksanaan lesson study di Malaysia dan Jepun yang meliputi perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, refleksi dan pengubahsuaian pengajaran. Hasil perbincangan ini dapat memberi implikasi kepada penambahbaikan amalan lesson study bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.