Last modified: 2015-09-01
Abstract
Amalan refleksi merupakan sebahagian dari proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar sarjana pendidikan matematik dalam melaksanakan amalan refleksi menggunakan Google Doc. Seramai 27 orang pelajar sarjana pendidikan matematik dipilih untuk menjadi peserta kajian. Mereka dikehendaki membuat refleksi mingguan bagi keperluan kursus Asas Pendidikan Matematik. Google Doc digunakan bagi tujuan penulisan refleksi dengan menggunakan platform I-Folio. Dapatan menunjukkan amalan refleksi membantu pembelajaran dan meningkatkan kemahiran penulisan pelajar. Walau bagaimanapun, kekangan masa, limitasi penggunaan internet dan kesesuaian Google Doc menjadi isu dalam perlaksanaan amalan refleksi dalam kalangan pelajar. Cabaran amalan refleksi dalam pembelajaran dapat diatasi dengan beberapa cadangan penambahbaikkan pada masa akan datang.