UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
HUBUNGAN TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DENGAN PRESTASI AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN, DI IPTA MALAYSIA
Mohd Isha Awang, Nurull Salmi Md.Dazali

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kemahiran generik merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan untuk menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar pendidikan IPTA. Kajian tinjauan  yang dijalankan ini melibatkan sampel kajian seramai 377 orang pelajar semester 6 Sarjana Muda Pendidikan di IPTA Malaysia. Instrumen MyGSI digunakan sebagai sumber pengutipan data kajian. Kajian mendapati tahap kemahiran generik adalah tinggi. Namun begitu, tahap penguasaan kemahiran komunikasi dan kemahiran keyakinan diri pelajar masih rendah. Hasil analisis Ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keyakinan kemahiran generik mengikut jantina. Ujian korelasi pula menunjukkan kemahiran generik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Justeru, selain daripada menggalakkan pelajar mempelbagaikan kemahiran seperti menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama komunikasi, diharapkan juga supaya semua pihak yang terlibat memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha mengembangkan kemahiran generik pelajar terutamanya di IPTA bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan negara terus maju dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Kata Kunci: Kemahiran komunikasi, Guru, Pelajar pendidikan, Pencapaian akademik.