Font Size:
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN MENERUSI AKTIVITI PERKHEMAHAN DALAM KALANGAN AHLI KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA (KLKM), UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM).
Last modified: 2015-09-01
Abstract
Kemahiran kerja berpasukan merupakan salah satu elemen dalam Kemahiran Insaniah (KI) yang wajib diterapkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kemahiran kerja berpasukan bukan sahaja diterapkan di dalam kelas tetapi boleh diterapkan dalam aktiviti kokurikulum. Tujuan penerapan kemahiran ini adalah untuk melahirkan modal insan yang mampu melakukan kerja secara berpasukan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan dan hidup bermasyarakat. Penyelidik telah memilih pembangunan kemahiran kerja berpasukan menerusi aktiviti perkhemahan dalam kalangan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) sebagai tajuk kajian. Responden terdiri daripada 40 orang pelajar yang menyertai unit beruniform KLKM,UTHM . Aktiviti perkhemahan dipilih kerana dalam aktiviti ini menuntut ahli KLKM melakukan kerja secara berpasukan. Penyelidik telah menggunakan empat instrumen kajian iaitu analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk memperolehi dapatan kajian. Semua data dianalisis mengikut garis panduan yang ditetapkan dan segala data soal selidik yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For the Social Science (SPSS) for Window Version 20.0. Dapatan kajian menunjukkan pembangunan kemahiran kerja berpasukan dapat diwujudkan menerusi aktiviti perkhemahan berdasarkan nilai skor min purata bagi setiap elemen adalah pada skor 4.
Kata Kunci: Kerja berpasukan, pembangunan, perkhemahan
Kata Kunci: Kerja berpasukan, pembangunan, perkhemahan