UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
IMPLIKASI PERKEMBANGAN MAKLUMAT DAN INGATAN DALAM ‘EXPERIENTIAL LEARNING’: SATU KAJIAN
MARLINI MANSOR, AHMAD RIZAL MADAR

Last modified: 2015-09-03

Abstract


Kajian ini membincangkan tentang implikasi terhadap ingatan dan perkembangan maklumat menerusi kaedah pembelajaran ‘Experiential Learning’ sebagai salah satu kaedah pembelajaran dalam kalangan pelajar teknikal di Institusi Pengajian Politeknik Malaysia. Perkembangan teknologi pada masa kini telah meletakkan keperluan kepada pelajar teknikal untuk mendalami dan memahami setiap teknologi yang dibangunkan demi memenuhi keperluan mereka apabila melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak. Peningkatan kemahiran dalam mengendalikan teknologi mendesak agar pelajar memahami tentangnya melalui pembelajaran yang mereka ikuti. Namun apa yang berlaku pada masa kini, walaupun pelajar telah berkecimpung dengan dunia teknikal ini, mereka masih tidak dapat memberikan prestasi yang baik dalam akademik dan peningkatan kemahiran ekoran pembelajaran secara tradisional lebih meluas jika dibandingkan dengan ‘Experiential Learning’ yang juga merupakan pembelajaran pelaksanakan suatu pengoperasian secara terus. Akibatnya, mereka tidak dapat menghayati tentang apa yang dipelajari dan masih mengalami kecelaruan maklumat dalam setiap pembelajaran yang diikuti. Hasil daripada perbincangan kertas ini, ia diharapkan dapat membantu penyelidik dalam mendapatkan informasi mengenai implikasi ingatan dan perkembangan maklumat menerusi kaedah pembelajaran tersebut.

Kata kunci -  ‘Experiential Learning’; perkembangan maklumat; ingatan; kaedah pembelajaran