UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
FAKTOR PENDIFUSIAN ROGERS DENGAN TAHAP PENERIMAAN PERISIAN KURSUS DALAM KALANGAN GURU SAINS DI SMK
SURENDRAN SANKARAN, NORAZLINDA SAAD

Last modified: 2015-09-06

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor pendifusian dengan tahap penerimaan perisian kursus multimedia interaktif. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab persoalan kajian. Populasi kajian adalah guru-guru Sains dari SMK harian di seluruh negeri Kedah. Sampel kajian ini telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak. Data kajian telah dikumpul daripada sampel seramai 227 orang guru Sains. Soal selidik kajian ini mengandungi 50 item dan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Cronbach Alpha 0.98. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Regresi Berganda. Hasil kajian menunjukkan tahap penerimaan perisian kursus multimedia interaktif  dalam kalangan guru Sains yang terlibat dalam kajian ini berada pada peringkat keempat iaitu Peringkat Integrasi. Dapatan kajian menunjukkan sokongan dan masa dapat mempengaruhi tahap penerimaan perisian kursus multimedia interaktif dalam kalangan guru Sains. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor perspektif persekitaran iaitu sokongan dan masa mempunyai pengaruh yang paling signifikan terhadap penerimaan perisian kursus. Oleh yang demikian, faktor-faktor tersebut perlu dititikberatkan semasa mendifusikan perisian kursus multimedia interaktif supaya dapat meningkatkan lagi tahap penerimaannya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah memberi implikasi yang positif terhadap peningkatan tahap penerimaan perisian kursus multimedia interaktif dalam kalangan guru Sains.