Last modified: 2015-09-01
Abstract
Kajian ini bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar-pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan di Sekolah Kebangsaan Raja Muda ( Integrasi ). Kajian ini ingin melihat faktor penghalang dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi 11.5. Statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, statistik inferansi dan ujian t digunakan bagi melihat perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara faktor penghalang faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal dan intrapersonal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data.