Last modified: 2015-09-01
Abstract
Kualiti guru merupakan penentu utama kepada kecemerlangan murid dari segenap aspek kehidupan agar dapat bersaing di peringkat global.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan kesan amalan Kepimpinan Kendiri (KK) ke atas tahap amalan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi (GKO) guru-guru di Malaysia. Sampel kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di seluruh Semenanjung Malaysia dan seramai 40 orang guru telah dipilih secara rawak dari setiap sekolah tersebut. Metodologi kajian adalah kaedah kuantitatif dan data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Model (SEM). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap amalan KK dan GKO adalah tinggi dengan skor min melebihi 5.0. Analisis dapatan juga menunjukkan bahawa KK mempengaruhi GKO sehingga 20%.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu KK dan GKO guru-guru tersebut.Kajian ini diharap dapat membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dengan mengetengahkan kualiti guru yang diperlukan supaya mereka dapat menghasilkan murid yang cemerlang dari segenap aspek kehidupan, sepertimana diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Isu ini jelas kerana didapati bahawa kualiti guru memainkan peranan yang signifikan bagi menentukan kejayaan seseorang murid.Kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap peranan dan tanggungjawab guru setelah mengamalkan GKO. Justeru itu, hasil kajian ini dapat merungkai dan mengurangkan konflik yang timbul akibat daripada berlainan jangkaan dan harapan daripada pelbagai pihak berkepentingan terhadap tugas serta tanggungjawab guru di sekolah.
Kata kunci: Kepimpinan Kendiri, Gelagat Kewarganegaraan Organisasi, Prestasi murid, Kualiti guru.