Font Size:
Sikap Terhadap Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Politeknik Ibrahim Sultan
Last modified: 2015-09-01
Abstract
Sikap memainkan peranan yang besar dalam pencapaian pelajar dalam belajar dan juga prestasi dalam Matematik. Kajian kuantitatif ini mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang. Responden dalam kajian ini sebanyak 117 pelajar PIS. Kajian ini dijalankan melalui soal selidik yang terdiri daripada 40 item. Sikap Ke arah Matematik Inventori (ATMI) telah diperkenalkan oleh Tapia & Marsh (2004) bagi mengukur sikap pelajar terhadap Matematik. Soalan tersebut telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan nilai Alpha Cronbach adalah 0.804. Data yang diperolehi daripada responden dianalisis menggunakan SPSS Versi 20. Min dan sisihan piawai dikira untuk tujuan ujikaji. Selain itu, keputusan peperiksaan Matematik responden dalam UPSR, PMR, SPM dan juga sekolah mereka sebelum ini diperlukan untuk melihat sama ada kedua-dua faktor ini mempengaruhi sikap pelajar terhadap Matematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada kaitan yang signifikan antara kedua-dua faktor dan sikap pelajar terhadap Matematik.
Kata kunci: Sikap, Pelajar dan Matematik
Kata kunci: Sikap, Pelajar dan Matematik