Last modified: 2015-09-01
Abstract
Kit i-CHO ataupun Kit Islamic Cakna Hal OKU bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap golongan kurang upaya (OKU) dengan memfokuskan kepada kanak-kanak pra-sekolah. Melalui penggunaan Kit i-CHO, murid-murid akan diberikan peluang merasai pengalaman sebagai OKU dan dengan ini kesedaran terhadap isu-isu OKU dapat diterapkan. Ini selaras dengan apa yang telah digariskan oleh Akta OKU 2008 yang menekankan penglibatan OKU di dalam masyarakat tipikal. Kit i-CHO adalah hasil daripada penzahiran (exemplification) daripada Model Sokongan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas ataupun dikenali sebagai 'Model of Technology Supported Learning for Special Educational Needs Learners' (Roslinda Alias, 2015). Dengan penekanan diberikan ke atas nilai-nilai Islam, Kit i-CHO boleh digunakan oleh guru-guru Pra-Sekolah membentuk persepsi positif para murid terhadap OKU.Di dalam kertas kerja ini, perlaksanaan Kit i-CHO akan dibincangkan dengan lebih mendalam untuk manfaat semua.