Last modified: 2015-09-08
Abstract
Kajian ini mengkaji tahap kesediaan guru pendidikan khas dalam melaksanakan program transisi murid berkeperluan khas. Empat tahap kesediaan guru yang dikaji adalah dari segi i) pengetahuan, ii) kemahiran, iii) sikap dan iv) emosi mereka dalam menjalankan program transisi. Soal selidik telah diedarkan kepada 50 orang guru pendidikan khas daripada Program Pendidikan Khas sekolah menengah di Selangor. Analisis data dari soal selidik tersebut menunjukkan tahap bagi empat aspek kesediaan dalam melaksanakan program transisi mencapai tahap min yang tinggi iaitu aspek pengetahuan mencapai (min 3.17), aspek kemahiran (min 3.44), aspek sikap (min 3.34) dan aspek emosi (min 3.49). Rumusan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru adalah tinggi dalam melaksanakan proram transisi. Oleh yang demikian, program transisi boleh dijalankan di sekolah dan guru perlu diberikan latihan, garis panduan dan sokongan untuk melaksanakan program transisi agar manfaat program dapat tercapai.