UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
TAHAP PENGETAHUAN GURU MENGENAI ALAT BANTU PENDENGARAN
Nur Masdiyanah binti Muhamad, Aliza binti Alias

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan alat bantu  pendengaran dari aspek jenis alat bantu pendengaran, fungsi alat, dan cara penyelenggaraan alat bantu pendengaran. Satu set soalan selidik telah diedarkan kepada 104 guru pendidikan  khas bermasalah pendengaran di negeri Selangor. Hasil kajian menunjukan 79 orang (76%) responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi manakala responden yang mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana ialah seramai 25 orang (24.0%). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengetahuan guru yang tinggi (min 3.42) terhadap penggunaan alat bantu pendengaran.  Guru yang berpengetahuan dalam penggunaan alat bantu pendengaran dapat membimbing murid bermasalah pendengaran dari aspek fungsi dan penyelenggaraan alat bantu pendengaran. Penyelenggaran alat bantu pendengaran dengan baik dapat membantu murid bermasalah pendengaran dalam proses pembelajaran di kelas.