Last modified: 2015-09-01
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid-murid autisme di enam buah sekolah rendah di daerah Klang, Selangor. Kemahiran sosial yang dikaji adalah kemahiran interaksi sosial; kemahiran penyesuaian diri; memulakan perhubungan; dan penglibatan di dalam bilik darjah. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara tempoh persekolahan dengan bilangan adik beradik terhadap tahap kemahiran sosial mereka. Kajian ini menggunakan senarai semak yang diisi oleh guru dan dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif secara min dan analisis inferensi secara kolerasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid autisme mempunyai tahap kemahiran sosial yang rendah di sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran sosial dengan bilangan adik beradik dengan tempoh persekolahan. Ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran sosial murid-murid autisme meningkat setelah lama mengikuti persekolahan. Oleh sebab itu, guru perlu menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid autisme bagi meningkatkan tahap kemahiran sosial mereka di sekolah.
Kata kunci: tahap kemahiran sosial, murid-murid autisme, kemahiran interaksi sosial, penyesuaian diri, memulakan hubungan, penglibatan dalam bilik darjah.