UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Tahap Kefahaman Guru Besar Dalam Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah: Kajian Kes di Kedah
Fauzi Hussin, Yahya Don, Mohd. Sofian Omar Fauzee, Abdull Sukor Shaari, Siti Noor Ismail

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pengurus sekolah harus bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskankewangan sekolahnya dengan cekap dan berkesan berpandukan akta, pekeliling atauperaturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapuntahap kefahaman guru besar dalam pengurusan kewangan dan perakaunan di sekolahdidapati berbeza disebabkan beberapa faktor. Kajian ini bertujuan menentukantahap kefahaman guru besar dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah.Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur  melibatkan 10 orang guru besar yang dipilihsecara rawak daripada  sekolah-sekolah rendahdi negeri Kedah. Soalan temu bual berstruktur melibatkan pengetahuan guru besarberkaitan pengurusan Buku Tunai dan penyata kewangan sekolah, tatacara terimaandan pungutan, tatacara pembayaran, tatacara perolehan, pengurusan aset alih,pengauditan dan pengurusan fizikal sekolah. Setiap temu bual dengan guru besardirakamkan untuk dianalisis serta disokong oleh dokumen-dokumen dangambar-gambar berkaitan. Perbandingan tahap pengetahuan guru besar dalampengurusan kewangan sekolah adalah berdasarkan pengalaman mereka sebagai gurudan pentadbir, jantina, kursus berkaitan pengurusan kewangan, serta penelitianterhadap sikap guru besar sebagai pengurus sekolah. Kajian menunjukkan tahapkefahaman guru besar dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah adalahberbeza. Pengalaman semasa menjadi guru biasa dan jantina tidak membantu gurubesar dalam memahami tatacara menguruskan kewangan dan perakaunan sekolah.Bagaimanapun tempoh masa menjadi guru besar serta kursus berkaitan pengurusankewangan yang pernah dihadiri menjadi faktor penting dalam menentukan tahapkefahaman guru besar dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. Sebaliknya,sikap guru besar yang sambil lewa dan lebih banyak menyerahkan tugasmenguruskan kewangan sekolah kepada pembantu tadbir kewangan menjadi sebab mengapatahap pengetahuan mereka yang agak lemah berkaitan pengurusan kewangan danperakaunan sekolah.