Last modified: 2015-09-01
Abstract
Tahap aktiviti fizikal biasanya dipengaruhi oleh faktor motivasi yang tinggi. Terdapat banyak faktor motivasi seperti faktor dalaman dan luaran. Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan menyiasat faktor-faktor motivasi yang mempengaruhi orang ramai dalam penyertaan sukan dan tahap aktiviti fizikal mereka. Kajian soal selidik ini berdasarkan sumber daripada “Excercise Motivation Inventory” (EMI-2) serta “International Physical Activity Questionnaire” (IPAQ) yang kemudiannya telah disunting untuk memenuhi keperluan kajian. Data yang terkumpul melalui soal selidik tersebut telah dikira secara manual dan kemudian hasil kajian telah dijadualkan dan dibentangkan supaya teratur dan mudah dibaca dalam sistem SPSS 19.0. Hasil kajian ini melihat hubungan di antara faktor-faktor motivasi dan tahap penglibatan aktiviti fizikal dan sukan di kalangan kakitangan awam yang terlibat dalam kehidupan seharian mereka.