UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Pembangunan dan Pengesahan Instrumen Pengukuran Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia: Sorotan Literatur
Sandy Gerald Kariki, Mohd Zaki Ishak

Last modified: 2015-09-01

Abstract


ABSTRAK

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) semakin meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama sekali dalam era abad ke-21. Cabaran ini menuntut guru lebih memahami bagaimana melaksanakan PdP secara optimal dengan penggunaan TMK dan disepadukan dengan pedagogi dan kandungan. Ekoran daripada itu, muncul kerangka teori Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) atau (Technological Pedagogical Content Knowledge – TPACK) yang dijadikan sebagai panduan kajian berkaitan penggunaan TMK guru dalam PdP. Pengetahuan PTPK di kalangan guru pelatih sangat penting bagi memastikan PdP berjalan dengan efektif apabila mereka keluar sebagai guru profesional. Namun, belum dapat dikenalpasti mana-mana instrumen yang mantap yang dapat digunakan untuk menilai PTPK guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan sorotan literatur mengenai suatu instrumen yang memenuhi ciri-ciri psikometrik dan boleh digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan PTPK guru pelatih IPGM. Kertas kerja ini mengupas beberapa perkara yang merangkumi Kerangka Konsep PTPK,Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP),perihal instrumen pengukuran yang digunakan untuk mengukur PTPK, perihal model pembangunan alat ukur, dan teori-teori pengukuran. Satu instrumen yang sah dan boleh dipercayai adalah perlu untuk mengukur PTPK agar tahap pengetahuan tersebut dapat dikenalpasti dan ditingkatkan sebelum guru pelatih melangkah ke alam pekerjaan sebenar sebagai seorang guru terlatih.