UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
TINJAUAN KEPERLUAN GURU PEMBANTU DAN KESAN TERHADAP BEBAN TUGAS GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Hairuddin bin Harun1, Noorazman Bin Abd Samad2 , Noor Hafizah Binti Ibrahim3 , Abdul Wafi bin Abd
Hairuddin bin Harun

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Dalam merealisasikan pendidikan Negara, guru menghadapi cabaran dan bebanan tugas yang memerlukan guru bersedia dari pelbagai aspek. Guru Pembantu adalah merangkumi tugas membantu guru mata pelajaran menguruskan pelajar dalam sebuah bengkel semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kajian ini menjurus bagi mengenal pasti faktor dominan bebanan tugas guru serta hubungan yang signifikan antara keperluan Guru Pembantu dengan penghasilan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dari aspek pengurusan dan keselamatan bengkel. Kajian juga adalah bagi mengetahui sama ada seorang guru mata pelajaran mampu mengendalikan murid yang ramai dalam sebuah bengkel. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan dianalisis dengan menggunakan beberapa kaedah statistik melalui penggunaan ‘Statistical Package for The Social Science’ (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan guru dibebani dengan tugasan dalam skop tugas guru. Didapati bahawa guru tidak mampu mengendalikan kelas amali dengan baik dalam bilangan murid yang ramai. Keperluan Guru Pembantu dari aspek pengurusan dan keselamatan bengkel menunjukkan hubungan signifikan yang positif. Berlandaskan usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan teknikal dan vokasional, Guru Pembantu amat diperlukan. Ini adalah kerana, melalui Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional, peningkatan bilangan pelajar dalam bidang teknikal akan meningkat seiring dengan kewujudan Kolej Vokasional yang bertujuan bagi melahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional

Kata Kunci:  Beban tugas guru, Guru Pembantu, Kolej Vokasional.