UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
KEFAHAMAN TENAGA PENGAJAR TERHADAP ASPEK PENILAIAN KEMAHIRAN DI INSTITUT LATIHAN TEKNIKAL DI MALAYSIA
Nur Liyana Khalid Khan, Kahirol Mohd Salleh, Nor Lisa Sulaiman, Mimi Mohaffyza Mohamad, Lai Chee Sern

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) merupakan bidang pendidikan yang mementingkan aspek kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan serta mempunyai kemahiran yang tinggi. Bagi memenuh pasaran tenaga kerja ini, tenaga pengajar yang kompeten dan berkemahiran dalam aspek penilaian kemahiran amat diperlukan untuk melatih pelajar di institut latihan teknikal. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap kefahaman tenaga pengajar terhadap apek penilaian kemahiran di Institut Latihan Teknikal di Malaysia. Tahap kefahaman ini dinilai daripada aspek domain kognatif iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian yang memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Lokasi kajian adalah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menawarkan subjek kemahiran. Sample kajian seramai 123 orang tenaga pengajar telah dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data yang diperolehi dianalisa secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Hasil daripada analisa kajian menunjukkan tahap kefahaman tenaga pengajar di institusi latihan teknikal adalah tinggi. Disamping itu, tenaga pengajar juga mampu menguasai keenam-enam sub-domain yang terkandung di dalam domain kognatif.