UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Penggunaan Soalan Bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Nelly Ezatul Fazlina Md Sah

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Aspek soalan dan penyoalan berfungsi sebagai asas pembentukan keintelektualan dalam menjana kemahiran berfikir. Penggunaan soalan-soalan yang berkesan dapat menggerakkan keupayaan pelajar berfikir pada pelbagai aras kognitif terutamanya pada aras yang tinggi. Kertas konsep ini membincangkan tentang isu penyoalan guru di dalam pengajaran. Penyelidik bermula dengan meneroka literatur berkaitan penyoalan guru melalui kupasan teori-teoriĀ  dan taksonomi berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi. Konsep dan prinsip-prinsip penyoalan utama dibincangkan dan perbezaan di antara penyoalan aras rendah dan penyoalan aras tinggi dikemukakan. Perbincangan diikuti dengan ciri penyoalan yang merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dan juga jenis-jenis soalan yang dapat digunakan oleh guru semasa pengajaran. Di akhir penulisan ini penyelidik menyimpulkan bahawa guru perlu mahir dalam melaksanakan proses penyoalan yang merangsang ke arah kemahiran berfikir aras tinggi. Ini termasuklah menguasai pelbagai pendekatan dan strategi penyoalan untuk kebaikan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat merangsang penguasaan kemahiran berfikir pelajar.