Last modified: 2015-09-04
Abstract
Pengaturcaraan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semua pelajar yang mengikuti program Sanis Komputer atau Teknologi Maklumat. Mengajar kursus pengaturcaraan tidak semudah disangka. Para akademik berusaha untuk mencari kaedah yang sesuai dalam menarik minat pelajar untuk meneroka dan membuat latih tubi sebagai pengukuhan dalam memahami konsep pengaturcaraan. Menyedari hakikat kepentingan kursus pengaturcaraan terutamanya bahasa Java, maka satu kajian telah dilakukan. Kajian ini memberi tumpuan kepada pembangunan koswer bagi kursus Pengaturcaraan Java yang mempunyai ciri-ciri edutainmen sebagai satu kaedah dalam menarik minat pelajar justeru menjadikannya salah satu alat bantu pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 28 orang pelajar yang dipilih secara rawak untuk mencuba sendiri koswer yang dibangunkan. Satu borang soal selidik secara dalam talian menggunakan Google Doc telah dijadikan sebagai instrumen bagi kajian ini. Dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati koswer berkonsepkan edutainmen ini mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari kursus Pengaturcaraan Java.