Last modified: 2015-09-01
Abstract
Jati diri kebangsaan adalah salah satu ciri modal insan yang terpenting bagi sesebuah negara. Ini kerana tanpa jati diri seseorang itu tidak mempunyai semangat cintakan tanah air, budaya dan masyarakat setempat. Dalam konteks Malaysia pembentukan jati diri ini diharap terbentuk sejajar dengan proses pendidikan yang dialami dari sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pendidikan tinggi. Persoalan yang timbul adalah sama ada jati diri yang dibentuk secara tidak langsung itu adakah mencukupi atau memadai bagi pembentukan sebuah negara bangsa yang kuat dan berdaulat. Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian berkenaan tahap jati diri pelajar sekolah menengah di Sarawak dari 7 subdimensi iaitu ketahanan diri, sahsiah diri, kekuatan jiwa, etika, patriotisme, budaya kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Dimensi budaya kebangsaan (min = 4.31, SP = .51) patriotisme (min = 4.21, SP =. 21) dan bahasa kebangsaan (min = 4.09, SP = .72). Sementara itu bagi dimensi sahsiah diri (min = 3.94, SP =. 49), etika ( min =3.86, SP = .50), kekuatan jiwa (min = 3.73, SP= .56) dan ketahanan diri (min = 3.66, SP = .51). Pada amnya didapati tahap jati diri ini adalah tinggi. Oleh hal yang demikian kajian ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempastikan jati diri ini terus dipupuk dan disuburkan di peringkat pengajian yang lebih tinggi.
Kata kunci : jati diri, modal insan, patriotisme