UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
TEVT di Malaysia: Cabaran dan Harapan
MOHD JALIL AHMAD, NOOR HISHAM JALANI, AKHMAL ANNAS HASMORI

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) berperanan bukan sahaja sebagai satu saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, malahan juga sebagai enjin pembangunan negara. Bagaimanapun, TEVT sering disalah anggap sebagai bidang terakhir yang menjadi pilihan dalam meneruskan pengajian. Dalam memenuhi hasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi eknonomi berpendapatan tinggi, Malaysia mesti menambah enrolmen dalam TEVT dan meningkatkan kualiti latihan secara keseluruhan. Sekiranya perubahan ini tidak dilakukan dengan segera, negara dikhuatiri menjadi tidak kompeten di peringkat global dan akan terus ketinggalan. Kertas kerja ini membincangkan cabaran-cabaran dan harapan dalam mengarusperdanakan TEVT di Malaysia.

Kata Kunci : Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, kualiti latihan