UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
TAHAP KESEDIAAN GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) DI DAERAH BATU PAHAT, JOHOR
Shafie Buyamin, Noorazman Abd Samad, Rohaidah Ishak, Hairuddin Harun

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pengenalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah satu bentuk transformasi pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dalam pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 dan mengenal pasti perbezaan antara jantina bagi tahap kesediaan guru. Kajian kuantitatif yang berbentuk tinjauan deskriptif ini menggunakan nilai min dan sisihan piawai dan analisis inferensi dengan menggunakan ujian t tak bersandar. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 53 item terdiri dari tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan amalan. Responden terdiri daripada guru-guru yang mengajar subjek KHB iaitu seramai 193 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru KHB dari aspek pengetahuan berada pada aras tinggi (min 4.26, sisihan piawai=0.42) manakala tahap kesediaan guru KHB dari aspek kemahiran pada aras sederhana tinggi (min 3.89, sisihan piawai=0.51) dan aspek amalan juga pada aras sederhana tinggi (min=3.99, sisihan piawai=0.46). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kesediaan guru antara jantina bagi aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan. Kajian ini membuktikan bahawa para guru sentiasa bersedia dengan perubahan dalam sistem pendidikan negara.