UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN MEREKA CIPTA BERINOVASI DENGAN MODEL KOMPETENSI INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN VOKASIONAL
Muhamad Hafizudin Kassim, Mimi Mohaffyza Mohamad

Last modified: 2015-08-24

Abstract


Mereka cipta adalah proses membangunkan minda yang kreatif, inovatif dan berdaya cipta untuk menyediakan tenaga kerja yang berpengetahuan dan kompeten dalam menghadapi cabaran dalam pembangunan teknologi yang pesat hari ini. Pengetahuan dan kecekapan individu diperlukan untuk menghasilkan reka bentuk baru produk. Pengetahuan dan kemahiran adalah komponen yang berkaitan dengan proses mereka cipta yang mudah dapat dikenal pasti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan pelajar dan kecenderungan dalam proses mereka cipa, kecenderungan kemahiran dalam memilih proses mereka cipta dan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan pelajar dalam proses mereka cipta dengan kecenderungan kemahiran pelajar dalam memilih proses mereka cipta yang mereka pilih. Seramai 530 pelajar dari Kolej Vokasional (KV) terlibat dalam kajian ini dan mereka adalah terdiri daripada pelajar  yang mengikuti Kursus Teknologi ditawarkan dalam KV. Proses Mereka Cipta Renwick dan Model Kompetensi Iceberg memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran yang digunakan sebagai rangka kerja konsep bagi kajian ini. Data dianalisis berdasarkan peratusan, min skor dan hubungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar dalam proses reka cipta yang tinggi, pelajar juga lebih suka pembangunan idea pilihan apabila memilih proses mereka cipta. Dalam kajian ini, telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan proses mereka cipta pelajar dengan kecenderungan pelajar dalam memilih proses mereka cipta. Kesimpulannya, aplikasi kemahiran dan pengetahuan dalam proses mereka cipta akan membantu kompetensi pelajar dan mampu untuk membangunkan idea baru untuk mencipta produk inovatif dan kreatif.