UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
KEBERKESANAN KURSUS PENDEK DALAM KALANGAN PESERTA PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG : KURSUS JAHITAN BAJU KURUNG
Nor Azida Mansor, Nor Idayu Shafiza Mohd Najib, Zariasya Jumaat

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pelaksanaan pelbagai akiviti kursus pendek berteraskan pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan khusus kepada individu, masyarakat dan pembangunan negara. Konsep pembelajaran sepanjang hayat ini telah diamanahkan kepada seluruh Kolej Komuniti di Malaysia. kolej Komuniti Ledang telah menganjurkan program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang merupakan satu elemen kursus pendek ditawarkan kepada peserta-peserta Tahfiz sekitar Daerah Ledang dan Muar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kursus pendek jahitan baju kurung dari segi maklumat yang diterima, kaedah penyampaian, kelengkapan peralatan dan faedah kursus pendek. Kajian berbentuk tinjauan diskriptif ini mengambil peserta Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat sebagai sampel kajian. Seramai 35 orang diambil sebagai responden kajian yang terdiri daripada keseluruhan populasi peserta Kursus Pendek Jahitan Baju Kurung. Data yang dikumpulkan dianalisa dengan menggunakan SPSS Version 20.0 dan dijelaskan dalam bentuk frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Keseluruhan item soal selidik yang mendapati Hubungan Sosial meruoakan aspek yang mencatatkan perubahan skor min yang tertinggi di mana sebelum kursus dijalankan 2.901 (Sederhana) meningkat kepada 4.264 (Sangat Baik) selepas kursus berlangsung. Ini membuktikan Kursus Jahitan Baju Kurung ini dapat membina hubungan sosial serta berkongsi pengalaman sesama peserta.

Katakunci:kursus pendek, keberkesanan