UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
KESAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK INFORMAL TERHADAP METAKOGNISI, KEBIMBANGAN MATEMATIK DAN EFIKASI KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
hazirah amran, DR ALI samsudin

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Secara umumnya, pengajaran matematik secara formal di sekolah masih dilaksanakan dengan cara lama iaitu dengan menekankan cara latih tubi dan tidak berfokus kepada aktiviti proses pemikiran seperti kemahiran metakognisi. Pendekatan ini menyebabkan pelajar pasif semasa pembelajaran di kelas, mempunyai  kebimbangan matematik yang tinggi dan tahap efikasi kendiri yang rendah. Pendekatan pembelajaran matematik informal dijangkakan dapat meningkatkan metakognisi, mengurangkan kebimbangan terhadap matematik dan meningkatkan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Justeru itu, satu modul pembelajaran matematik informal yang merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dibina untuk proses olahan eksperimen kajian ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kesan pendekatan pembelajaran matematik informal  terhadap metakognisi, kebimbangan matematik dan efikaksi dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen perbandingan satu kumpulan kawalan. Seramai 35 orang pelajar Tingkatan Empat di sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Kumpulan kajian diuji menggunakan soal selidik pra, pasca dan pasca lanjutan dan data dianalisis menggunakan Ujian pengukuran Anova dan Ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan aplikasi pendekatan pembelajaran matematik informal mempunyai kesan yang signifikan ke atas peningkatan metakognisi pembelajaran matematik, pengurangan kebimbangan terhadap matematik dan peningkatan efikasi kendiri pembelajaran matematik dalam  kalangan pelajar tingkatan empat.