UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Aplikasi Teknik dalam Membentuk Nilai Pelajar Sebagai Wadah Pembangunan Modal Insan
Mohamad Khairi bin Haji Othman, Alis bin Puteh, Nurfaizah binti Baharuddin

Last modified: 2015-09-09

Abstract


Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti aplikasi teknik dalam membentuk nilai pelajar di sekolah menengah melalui amalan penerapan nilai dalam pengajaran guru. Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan 4 dan 2 yang telah terlibat sebagai sampel kajian bagi menjawab soal selidik dan seramai 12 orang responden pelajar telah terlibat dalam sesi temubual. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap aplikasi dalam membentuk nilai pelajar melalui amalan penerapan nilai dalam pengajaran guru terdapat lima teknik yang mendapat nilai min keseluruhan pada tahap sederhana tinggi iaitu teknik model/contoh, teknik kuliah/syarahan, teknik perbincangan, teknik pengukuhan positif dan teknik pengukuhan negatif. Manakala teknik yang lain berada pada tahap sederhana rendah. Hasil dapatan kajian ini juga diperkukuhkan melalui dapatan temu bual bersama pelajar. Kesimpulannya, kajian ini memperlihatkan bahawa aplikasi beberapa teknik dalam membentuk nilai pelajar adalah penting diamalkan oleh guru sebagai wadah untuk pembangunan modal insan yang seimbang.