UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Transformasi Sistem Pendidikan: Tahap Keprihatinan Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
CHEE SERN LAI

Last modified: 2015-08-27

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan ke arah transformasi sistem pendidikan di Malaysia iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Penerimaan ini dikaitkan dengan tahap keprihatinan guru untuk melaksanakan penilaian pentaksiran tersebut. Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada model Stage of Concern (SoC) untuk melihat tahap penerimaan guru dalam inovasi pendidikan ini. Secara spesifiknya, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap keprihatinan, tahap proses pelaksanaan, hubungan peringkat keprihatinan terhadap pelaksanaan serta perbezaan dari faktor demografi. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk pengumpulan data. Pemilihan sampel secara bertujuan telah dilakukan dan seramai 288 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tingkatan 1 hingga 3 dari 12 buah sekolah di sekitar Negeri Melaka dan Negeri Johor telah terlibat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kajian terhadap tahap keprihatinan (m=4.392), tahap pelaksanaan (m=4.395) adalah berada di tahap tinggi iaitu manakala tahap tindakan susulan (m=4.603) berada di tahap sangat tinggi. Dapatan turut menunjukkan hubungan yang signifikan diantara tahap keprihatinan dan tahap pelaksanaan guru dalam PBS. Di samping itu dapatan menunjukkan juga wujudnya perbezaan yang signifikan dalam aspek tahap pendidikan guru dalam peringkat keprihatinan tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan dalam peringkat keprihatinan dari aspek jantina dan pengalaman mengajar. Hasil kajian ini melihat tumpuan yang perlu ditekankan ke arah menguruskan penerimaan guru dalam melaksanakan pentaksiran ini supaya anjakan yang diperlukan untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang adalah mampan.