UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
BUDAYA DAN PENDIDIKAN MEMPERKEMBANGKAN KARAKTER (PERWATAKAN): PEMERHATIAN KARAKTER RAKYAT JEPUN
Mohd Mustafa Mohd Ghazali

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Kajian mengenai karakter masyarakat Jepun dalam penulisan ini memberi contoh bagaimana budaya dan pendidikan khususnya di sekolah menyumbang kepada pengembangan karakter dan potensi kemanusiaan.  Kajian awal penulis di Negeri Jepun pada tahun 1985-1987, 2005 serta menerusi beberapa contoh pemerhatian terkini yang dbuat oleh para penyelidik di Jepun, memperlihatkan karakter boleh menjadi satu jenama dan identiti kepada sesebuah Negara bangsa.  Pengaruh tradisi, budaya, persekitaran dan masyarakat memberi kesan dalam  mempengaruhi karakter rakyat Jepun yang sangat berhemah dan berdisiplin. Pemerhatian ini juga mendapati pendidikan yang bermula di rumah dan alam persekolahan dapat membina rupa wajah rakyatnya. Pendidikan yang bersifat amalan dan praktis menjadi kunci utama kepada kejayaan dalam sistem pendidikan di Jepun.