UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Pemikiran Sejarah Dalam Kalangan Sejarawan Novis atau Bakal Guru
Siti Hawa Abdullah

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Mahasiswa yang major disiplin Sejarah di institusi pengajian merupakan sejarawan novis. Mereka perlu dilatih dan berlatih sebagai seorang sejarawan dengan bantuan sejarawan pakar di insititusi berkenaan. Salah satu daripada kemahiran yang didedahkan ialah Pemikiran Sejarah, iaitu. suatu kemahiran dalam struktur disiplin Sejarah yang merujuk kepada kemampuan untuk seseorang untuk berfikir secara analitis, kritis dan kreatif, dengan tujuan memahami peristiwa yang berlaku pada masa lalu, untuk  dihubungkan dengan keadaan masa kini, sebagai persediaan masa akan datang. Pembinaan Pemikiran Sejarah mesti berdasarkan jiwa dan sensitiviti sejarah, dengan sokongan pelbagai bahan sumber sejarah sama ada sumber pertama atau sumber kedua atau kedua-duanya (Siti Hawa Abdullah, 2009). Untuk mencapai matlamat tersebut, Pusat Pengajian Pendidikan (PPIP) USM, mendedah dan menyediakan sejarawan novis iaitu mahasiswa pendidikan sejarah dengan Kajian Sejarah Tempatan (KST). KST merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah iaitu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Ia adalah suatu kajian lapangan yang perlu dilaksanakan oleh mahasiswa/si Pendidikan Sejarah pada tahun ke – tiga pengajian. Tujuan kajian lapangan ini adalah untuk mendedahkan mahasiswa/si dengan ilmu kesejarawanan supaya dapat mencari pelbagai bahan sumber sejarah, menganalisis, dan mentafsir maklumat daripada sumber tersebut. Kertas kerja ini merupakan suatu perkongsian dapatan tentang kewibawaan KST dalam menjana Pemikiran Sejarah mahasiswa/si PPIP USM.