UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Pengurusan Pengetahuan Dalam Kalangan Guru LINUS Daerah Tuaran Terhadap Pelaksanaan Perancangan Strategik Program LINUS 2.0
Mohammad Azman Jongkulin, Roslee Talib

Last modified: 2015-09-01

Abstract


 

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan pengurusan pengetahuan terhadap pelaksanaan perancangan strategik Program LINUS 2.0  dalam kalangan guru LINUS Daerah Tuaran, Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan  yang melibatkan 150 orang guru LINUS yang terdiri daripada guru Literasi Bahasa Malaysia dan guru Numerasi. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan Ujian-t, ANOVA Sehala dan korelasi Pearson dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 21.0). Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan pengetahuan guru LINUS berada pada tahap yang tinggi (M=4.13, SD=.27) dengan dimensi penciptaan pengetahuan adalah paling tinggi (M=4.20, SD=.32) diikuti oleh perkongsian pengetahuan (M=4.12, SD=.34)  dan aplikasi pengetahuan (M=4.06, SD=.29). Demikian juga tahap pelaksanaan perancangan strategik Program LINUS 2.0 didapati berada pada tahap tinggi (M=3.97, SD=.19) dengan dimensi pembentukan strategi (M=4.02, SD=.25)   adalah pada tahap paling tinggi diikuti oleh penilaian dan kawalan strategi (M=3.98, SD=.19) serta pelaksanaan strategi (M=3.93, SD=.31). Ujian-t dan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengurusan pengetahuan dan pelaksanaan perancangan strategik Program LINUS 2.0 yang signifikan berdasarkan bidang mata pelajaran, pengalaman mengajar serta kekerapan menghadiri kursus perancangan strategik. Analisis Korelasi Pearson pula mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara pengurusan pengetahuan dan pelaksanaan perancangan strategik Program LINUS 2.0 (r=.58, p<.01). Berdasarkan dapatan kajian, cadangan-cadangan dikemukakan untuk tindakan para Pegawai FasiLINUS, pentadbir sekolah dan guru-guru LINUS.