UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
​Keperluan Pembinaan Model Kaunseling Brief dalam Kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Rahimi Che Aman

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kaunseling merupakan suatu perkhidmatan yang sangat penting dalam masyarakat Malaysia dan khususnya dalam kontek sekolah.  Hal ini kerana majoriti remaja merupakan murid yang masih berada dalam alam persekolahan.  Memandangkan majoriti klien bagi guru kaunseling adalah remaja  yang berada dalam zaman storm dan stress, hal ini memerlukan guru kaunseling yang dapat mengendalikan sesi kaunseling yang berorientasikan tindakan dan juga menitikberatkan potensi diri setiap klien.  Kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan dan limitasi guru kaunseling dalam menawarkan perkhidmatan kuanseling di sekolah.  Aspek yang dikenal pasti adalah pandangan guru kaunseling tentang; pengendalian perkhidmatan kaunseling sedia ada; perkhidmatan kaunseling bagi isu-isu peribadi, psikososial, keluarga, akademik dan kerjaya; serta ciri-ciri perkidmatan kaunseling yang diperlukan oleh guru kaunseling.  Seramai 30 orang guru bimbingan dan kaunseling telah dipilih berdasarkan teknik persampelan bertujuan.  Data diperoleh berdasarkan soalan berstruktur daripada Soal Selidik Keperluan dan Limitasi Guru Kaunseling. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan statistik deskriptif.  Hasil dapatan kajian menyokong dalam pembinaan model kaunseling brief yang berorientasikan tindakan serta memberi penumpuan kepada potensi diri setiap klien.  Data menunjukkan majoriti guru kaunseling memerlukan model kaunseling yang ringkas, menjimatkan masa, berorientasikan penyelesaian masalah, dan berfokuskan kepada tindakan klien.  Kesesuaian data ini menyokong dalam pembinaan model kaunseling brief kerana majoriti guru kaunseling menghadapi masalah limitasi masa, beban tugas yang pelbagai serta memerlukan model kaunseling yang dapat dikendalikan dalam bilangan tiga sesi kuanseling untuk seorang klien bagi satu kes kaunseling.  Justeru, perkhidmatan kaunseling yang sistematik ini dapat menjadi alternatif  dalam menawarkan perkhidmatan kaunseling bagi memastikan kelestarian masyarakat terutamanya remaja sekolah agar menjadi insan yang holistik dan berakhlak mulia.​