UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN MOTIVASI KERJA GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFI DI SABAH
DG NORIZAH AG KIFLEE@DZULKIFLI, ROSLEE TALIP, COLONIUS ATANG

Last modified: 2015-09-01

Abstract


SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN 2015

ABSTRAK

KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN MOTIVASI KERJA GURU MATA PELAJARAN GEOGRAFI DI SABAH

DG NORIZAH AG KIFLEE@DZULKIFLI, PhD¹

JELITA909@gmail.com

ROSLEE TALIP, PhD²

Roslee_73@ums.edu.my

COLONIUS ATANG, PhD³

collendong@gmail.com

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH,

JALAN UMS,88400, KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan di antara kepemimpinan instruksional dan motivasi kerja guru mata pelajaran  Geografi. Kajian ini melibatkan 334 orang guru yang mengajar mata pelajaran Geografi di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Responden telah diberikan satu set borang soal selidik yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian A terdiri daripada soalan demografi responden. Bahagian B terdiri daripada 54 item soalan yang telah mengenai kepemimpinan instruksional . Bahagian C terdiri daripada 23 item soalan mengenai motivasi kerja guru. Sebanyak 4 hipotesis telah dikemukakan dalam kajian ini. Variabel kajian telah diuji menggunakan Kolerasi Pearson. Dapatan analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan kepemimpinan instruksional (Penentuan matlamat sekolah, penjelasan matlamat sekolah, menyelia dan menilai pengajaran dan penyelarasan kurikulum) dan motivasi kerja guru mata pelajaran Geografi (r=.32,.35,.43,.40, sig=.000). Dari segi implikasi kajian mendapati guru  mata pelajaran Geografi yang mengamalkan kepemimpinan instruksional semasa proses pengajaran dan pembelajaran  akan menunjukkan impak positif terhadap motivasi kerja guru mata pelajaran Geografi.

 

Kata kunci: Kepemimpinan Instruksional, Motivasi Kerja, dan Guru Mata Pelajaran Geografi.