Peer Review Process
Archive Access Policy
The presentations that make up the current and archived conferences on this site have been made open access and are freely available for viewing, for the benefit of authors and interested readers.
Pengenalan
Penganjuran seminar ini menjadi medan bagi universiti, politeknik, sekolah dan organisasi pendidikan di Johor membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan dan pembangunan swadaya insan. Isu-isu yang dibincangkan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh. Peranan UTHM dalam melaksanakan seminar ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan sumber manusia khususnya dalam menjayakan Johor Berkemajuan. Seterusnya penekanan utama dalam melaksanakan inovasi dan teknologi. Diikuti pula oleh penjanaan ekonomi yang pesat khususnya bagi ekonomi digital serta pemantapan prestasi glokal dan global. Kepentingan UTHM dan Institusi Pendidikan di Johor sebagai penggerak utama dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Johor secara langsung dan secara dalam talian adalah sangat perlu kerana kamilah pemimpin hadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan swadaya insan. Kelestarian dan peningkatan kualiti pendidikan memerlukan wadah diskusi ilmiah. Sehubungan dengan itu Seminar Pendidikan Johor Kali ke-3 (SPJ III) direncana untuk menemukan pakar-pakar bidang pendidikan bagi merancang strategi masa depan pendidikan di Johor khususnya dan di Malaysia amnya. Penganjuran seminar ini menjadi medan bagi kalangan penyelidik di universiti, Institusi pendidikan, dan sekolah dari seluruh Malaysia membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan dan pembangunan generasi madani yang diingini. Isu-isu yang akan dibincangkan ke arah kelestarian pendidikan dan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh. Peranan UTHM dalam melaksanakan seminar ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan dalam pendidikan dan menjadi perantara agensi kerajaan, swasta dan pelabur. Kepentingan UTHM dan Institusi Pendidikan di Johor sebagai penggerak utama dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Johor adalah sangat perlu kerana merekalah pemimpin hadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan generasi madani masa kini.