Seminar Pendidikan Johor Kali Ke-3 (SPJIII)

Current Conferences

SEMINAR PENDIDIKAN JOHOR KALI KE - 3 TAHUN 2023

Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Tun Hussein Onn

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

KM 7.75, Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat, Johor.

TELEFON

(607)-4323271 / (607)-4323275


Batu Pahat, MY

February 6, 2024 – February 6, 2024

Kelestarian dan peningkatan kualiti pendidikan memerlukan wadah diskusi ilmiah. Sehubungan dengan itu Seminar Pendidikan Johor Kali ke-3 (SPJ III) direncana untuk menemukan pakar-pakar bidang pendidikan bagi merancang strategi masa depan pendidikan di Johor khususnya dan di Malaysia amnya.

Penganjuran seminar ini menjadi medan bagi kalangan penyelidik di universiti, Institusi pendidikan, dan sekolah  dari seluruh Malaysia membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan dan pembangunan generasi madani yang diingini. Isu-isu yang akan dibincangkan ke arah kelestarian pendidikan dan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan secara menyeluruh.

Peranan UTHM dalam melaksanakan seminar ini akan memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan dalam pendidikan dan menjadi perantara agensi kerajaan, swasta dan pelabur. Kepentingan UTHM dan Institusi Pendidikan di Johor sebagai penggerak utama dalam membantu meningkatkan kualiti pendidikan di Johor adalah sangat perlu kerana merekalah pemimpin hadapan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan generasi madani masa kini.

Sub-tema:

  • Pendidikan Teknikal & Vokasional: (OJTP/JTTR/RITVET/JTET)
  • Pengurusan & Kepimpinan: (CERANA)
  • Kurikulum & Pengajaran: (IJERAP)
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT): (CERANA/IJERAP/ RITVET)
  • Pentaksiran & Penilaian: (CERANA/IJERAP)
  • Inovasi & Teknologi Pendidikan: (CERANA/IJERAP/BoC/ RITVET)
  • Pembangunan Pekerjaan & Kerjaya: (OJTP/JTTR/ RITVET)
  • Teknologi & Inovasi: (OJTP/JTTR/RITVET)
  • Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (STEAM): (CERANA/IJERAP/ RITVET)
  • Pendidikan Pembangunan Manusia (Pendidikan Khas, Pendidikan Awal kanak-kanak, Pendidikan Pemulihan, Bimbingan Kaunseling, Psikologi Pendidikan): (CERANA/IJERAP)
  • Sains sosial (Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni): (CERANA/IJERAP/JTS)
  • Bahasa: (CERANA/IJERAP)
  • Digitalisasi Pendidikan: (CERANA/IJERAP/OJTP/ RITVET)

Pendaftaran dan Penghantaran Kertas Kerja

a. Pendaftaran dan penghantaran kertas kerja penuh hendaklah dibuat secara elektronik melalui sistem penghantaran secara dalam talian (http://conference.uthm.edu.my/index.php/spj/spj2023/login).

Klik pada menu "Pendaftaran" untuk mencipta akaun dan teruskan untuk pendaftaran persidangan dengan log masuk ke dalam sistem.Klik pada menu "Author" dan klik pada "New Submission" untuk menghantar kertas kerja penuh penulis. Pastikan penulis memilih "Track" dan menggunakan templat yang betul sebelum membuat penghantaran (submission).

b. Templat / Format Penghantaran - Patuhi templat yang boleh dimuat turun di "Menu Muat Turun".

Muat Turun:


c. Penulis diminta untuk menghantar laporan plagarisme (turnitin atau seumpanya) dan mestilah di bawah 30% termasuk rujukan. Jika melebihi 30% indeks plagarisme, kertas kerja tidak akan diterbitkan.

d. Penulis diminta merekodkan ID Paper bagi memudahkan urusan berkaitan penerbitan dengan pihak Jawatankuasa Penerbitan dan Pembentangan SPJ III. Sebarang pertanyaan berkaitan sistem penghantaran kertas kerja, boleh merujuk kepada PIC (Data & Sistem OCS) iaitu Dr. Nur Syamimi Mohd Razali (013-7048116).

e. Bagi progres penerbitan kertas kerja, penulis boleh menghubungi Koordinator JK Penerbitan & Pembentangan iaitu Dr. Mohd Zulfadli Rozali(013-4618610).

View Conference Details