UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Kepuasan Pelajar Terhadap Kualiti Perkhidmatan Pusat Kokurikulum UTHM
Ahmad Esa, Nur Hamizah Zakaria

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pusat Kokurikulum merupakan salah satu cabang daripada sektor perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan berasaskan aktiviti luar bilik darjah. Dengan meningkatnya penggunaan perkhidmatan aktiviti luar bilik darjah, isu-isu seperti ketidakpuasan hati  pelanggan  menjadi satu topik yang penting bagi pihak  pengurusan Pusat Kokurikulum. Kualiti perkhidmatan merupakan satu aspek yang penting dalam mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap Pusat Kokurikulum. Masalah dalam kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Kokurikulum untuk kegunaan aktiviti luar bilik darjah merupakan salah satu punca yang menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang telah dijadualkan oleh universiti. Jika kualiti dari segi perkhidmatan tidak memuaskan hati pelajar, maka kepuasan pelajar tidak akan tercapai dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan di Pusat Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian yang dipilih oleh penyelidik  adalah berbentuk kaedah tinjauan. Dalam kajian ini, penyelidik akan memfokuskan keseluruhan pelajar UTHM yang mendaftar KKB pada semester semasa, iaitu pelajar semester satu dan semester dua. Instrumen yang akan digunakan adalah borang soal selidik dan temu bual untuk mengumpul data mengenai tahap kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan Pusat Kokurikulum UTHM dalam kalangan responden. Hasil soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS), versi 20 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min daripada setiap elemen yang terdapat dalam persoalan kajian. Jangkaan dapatan bagi kajian ini adalah kepuasan pelajar terhadap Pusat Kokurikulum UTHM berada pada tahap sederhana secara keseluruhannya.

Keywords : Kepuasan Pelanggan, Kualiti Perkhidmatan, Pusat Kokurikulum