UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
Pembangunan dan Penilaian Pakej Pembelajaran m-TRUNKING Untuk Kursus Kejuruteraan
TAMIL SELVAN SUBRAMANIAM, SITI NUR FAHDZIHA KHYAR, AHMAD ESA, ARIHASNIDA ARIFFIN

Last modified: 2016-08-24

Abstract


Pembelajaran secara mobile adalah suatu konsep pembelajaran yang memudahkan pelajar kerana ianya boleh digunakan di mana sahaja tanpa terikat masa dan tempat. Pakej pembelajaran m-TRUNKING dibangunkan bertujuan sebagai bahan sokongan pembelajaran untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik. Objektif yang digariskan di dalam kajian ini adalah membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING dan menilai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus Pemasangan Dan Pendawaian Elektrik dijadikan bahan sokongan pembelajaran. Model ADDIE digunakan sebagai metodologi bagi pembangunan m-TRUNKING. Seramai 4 orang pakar daripada bidang yang berbeza iaitu 2 orang pakar daripada bidang elektrik dan 2 orang pakar daripada bidang multimedia telah menilai m-TRUNKING. Borang soal selidik yang digunakan dianalisis menggunakan statistic packages for the social science (SPSS) versi 21 dan dipaparkan dalam bentuk graf bar dan peratusan. Hasil dapatan penilaian juga menunjukkan elemen yang diintegrasikan dalam m-TRUNKING memenuhi keperluan penggunaan seperti penggunaan teks, video, animasi dan grafik serta diterima oleh pelajar sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada perekabentuk kandungan pembelajaran atas talian khususnya bagi bidang TVET.