UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
Kesediaan Guru Dalam Melaksanakan Virtual Learning Environment (VLE) di Terengganu
Noor Azlin Binti Yamin, Noorazman Bin Abd.Samad

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dilihat sebagai tunjang utama dalam pembangunan pendidikan abad ke-21. Guru perlu memanfaatkan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang  ditransformasikan melalui pelaksanaan Virtual Learning Environment (VLE). Oleh itu kajian ini bagi mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan infrastruktur terhadap penggunaan VLE. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian tinjauan melalui pendekatan kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Seramai 127 responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru disekolah daerah Dungun, Terengganu. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan VLE berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor min 4.04. Manakala tahap kemahiran guru terhadap penggunaan VLE berada pada tahap yang sederhana, min= 3.51 dan infrastruktur VLE berada pada tahap yang sederhana, min=3.50. Analisis hubungan juga menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan yang positif antara pengetahuan guru dengan tingkah laku terhadap penggunaan VLE dengan nilai,  r=0.325, p<.05. Namun hubungan yang wujud adalah lemah. Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi melestarikan penggunaan TMK dalam pendidikan abad ke-21 disamping memastikan pelaksanaan VLE berjaya dan memberi pulangan yang setimpal ke atas pelaburan yang telah dilaburkan.