UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT MURID TERHADAP DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH SJK(C) AI CHUN
Tan Hui Yen

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi  minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.  Seramai 50 orang sampel kajian dari murid Tahun 4 hingga Tahun 6, SJK(C) Ai Chun, Segamat, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berlainan tahap pencapaian terlibat dalam kajian ini.  Reka bentuk adalah tinjau berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah persampelan bertujuan digunakan sebagai kaedah pemilihan sampel. Borang soal selidik digunakan bagi memperoleh maklumat tentang tahap minat murid Tahun 4 hingga Tahun 6 terhadap mata pelajaran matematik. Data-data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan kiraan min. Dapatan kajian ini, didapati nilai min yang paling tinggi ialah 4.15 iaitu pengaruh dari faktor guru. Bagi nilai min terendah pula ialah 3.46 bagi faktor pengaruh ibu bapa.