UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
KEBERKESANAN APLIKASI PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM KALANGAN MURID DALAM MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 4
NORMAH BTE ZAKARIA, NURNADIAH BINTI ISMAIL

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu proses atau aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kemahiran ini menuntut pemahaman dan penguasaan guru untuk membangunkannya atau melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Justeru itu, guru merupakan golongan atau agen perubahan bagi mencapai hasrat Kementerian Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan pencapaian murid dari segi pemahaman, minat dan mempunyai pemikiran reflektif bagi meningkatkan kemahiran aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid bagi topik "Sistem Suria" dalam matapelajaran Sains Tahun 4 khususnya untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran pemikiran kreatif, kritis dan inovasi. Justeru, kajian ini akan membincangkan sejauhmana keberkesanan aplikasi teknik "i-Think" dalam konteks pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan juga melihat sejauh mana aplikasi ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir, minat, pemahaman serta mempunyai pemikiran reflektif murid-murid terhadap mata pelajaran tersebut. Sampel yang juga merupakan populasi kajian adalah terdiri daripada 36 orang murid Tahun 4 di SK, St. Francis, Melaka. Data dikutip daripada responden dengan menggunakan borang soal selidik serta pencapaian daripada set ujian pra dan ujian pasca yang diberikan