UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
PEMBANGUNAN MODEL KAEDAH 4M KOD JALUR WARNA PERINTANG 4 JALUR SEBAGAI ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR
NORMAH BTE ZAKARIA, NURUL AIDA BINTI ABDULLAH

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Tujuan utama kajian ini adalah untuk menghasilkan satu model kit pembelajaran sebagai ABBM kepada guru dan pelajar. Penghasilan model ini terbahagi kepada 3 objektif iaitu mereka bentuk model kit kaedah 4M Kod Jalur Warna Perintang 4 Jalur sebagai ABBM dan nota kepada murid, menghasilkan set kerja amali berdasarkan model kit ABBM yang dibina dan menguji kebolehfungsian model ini mengikut set kerja amali yang akan dihasilkan. Hasil dapatan mendapati terdapat peningkatan yang tinggi dalam ujian pasca selepas penggunaan  model kit ini dalam ujian pra. Ini menunjukkan dengan penggunaan kit ini pelajar dapat membaca kod jalur perintang dengan jelas. Bukan itu sahaja, hasil dari soal selidik dan analisis yang dijalankan kepada pakar, mendapati model ini sesuai dijadikan sebagai ABBM untuk guru dan murid bagi proses pengajaran subtopik perintang. Reka bentuk yang akan dihasilkan juga agak menarik, ringan dan mesra pengguna. Penambahbaikan daripada pakar agar kit yang dibangunkan perlu diubah saiz agar lebih sesuai untuk digunakan bagi pelajar sekolah disamping ubah warna supaya lebih jelas dan mudah. Semoga model ini akan terus digunapakai sebagai ABBM di sekolah-sekolah menengah di  seluruh Malaysia satu masa nanti.