Font Size:
Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum
Last modified: 2016-09-14
Abstract
Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum universiti yang penting dalam memberi sumbangan terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kesedaran sosial dan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat yang telah dikelolakan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 355 orang mahasiswa dari sebuah Fakulti telah dijadikan sebagai responden kajian. Tahap kesedaran sosial dalam kajian ini adalah berdasarkan Teori Afektif Krathwoll melibatkan konstruk Penerimaan, Gerak Balas, Penilaian, Organisasi dan Perwatakan. Manakala bagi Tahap Penglibatan, teori yang digunakan adalah Teori Tingkah Laku Terancang yang melibatkan Sikap, Norma Subjektif dan Tanggapan. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Nilai kesahan konstruk adalah melebihi 40% bagi ukuran varians dan nilai Eigen adalah kurang daripada 3. Kebolehpercayaan item adalah 0.99 dengan indeks pengasingan adalah 8. Analisis kajian ini merangkumi analisis deskriptif berbentuk analisis peta item serta analisis inferensi seperti ujian korelasi dan ujian regresi berganda. Hasil Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesedaran sosial dengann tahap penglibatan mahasiswa dalam aktiviti khidmat masyarakat. Faktor Perwatakan, Penialian dan Gerak Balas merupakan faktor yang signifikan dalam meramal peningkatan penglibatan mahasiswa dalam khidmat masyarakat.