UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
KEBERKESANAN PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING - KATEGORI SASARAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KOORDINASI MATA-TANGAN MURID-MURID TAHAP DUA SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK BANDAR, SARAWAK.
NISYA AQEELA MAZLAN

Last modified: 2016-09-14

Abstract


KEBERKESANAN PENDEKATAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) – ‘KATEGORI SASARAN’ DALAM MENINGKATKAN TAHAP KOORDINASI (MATA-TANGAN) MURID-MURID TAHAP DUA,SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK BANDAR,SARAWAK.

 

Nisya Aqeela Binti Mazlan

Prof Madya Dr Norlena Bt Salamuddin

nisyaaqeela_mazlan@yahoo.com

 

ABSTRAK

 

Kemahiran koordinasi adalah kebolehan individu melakukan pergerakan yang selaras antara anggota badan untuk menghasilkan tindakan. Kemahiran ini penting bagi memastikan lakuan motor tersebut dijalankan dengan pantas, efisyen dan efektif. Tahap koordinasi manusia bermula seawal empat bulan dan terus berkembang sepanjang usia awal pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Dalam Sukatan Pelajaran PJK, kemahiran koordinasi terkandung dalam sukatan pelajaran bagi tahap satu. Penguasaan kemahiran koordinasi adalah penting bagi murid menguasai kemahiran-kemahiran permainan yang dipelajari di tahap dua. Tinjauan awal melalui pemerhatian penyelidik menunjukkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahap dua ialah tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam permainan yang banyak melibatkan koordinasi (mata-tangan) disebabkan tahap koordinasi yang lemah. Secara umumnya, kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pendekatan Teaching Games for Understanding – Kategori Sasaran dalam meningkatkan tahap koordinasi murid-murid tahap dua yang lemah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti keberkesanan pendekatan Teaching Games for Understanding – Kategori Sasaran dalam mengatasi masalah tahap koordinasi (mata-tangan) murid tahap sua yang lemah melalui pelaksanaan intervensi lima jenis permainan kategori sasaran dalam TGFU. Kajian ini merupakan kajian eksperimen one group pre test-post test design yang dilakukan ke atas 36 orang murid Tahun 4 dan 5 di Sekolah Kebangsaan Datuk Bandar, Sarawak. Data dikumpul menggunakan Ujian Amali Koordinasi Mata – Tangan yang diberi nama ‘Wall-Ball Test’. Data yang diperoleh akan dianalisis melalui komputer menggunakan perisian SPSS (version 21). Kajian ini dijalankan bagi membantu guru-guru meningkatkan tahap koordinasi murid-murid yang lemah menggunakan pendekatan yang menyeronokkan disamping membantu mereka menguasai dengan lebih cepat kemahiran-kemahiran permainan yang dipelajari dan mencapai prestasi yang lebih baik.

Katakunci : tahap koordinasi, Teaching Games for Understanding, kategori sasaran