UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
PERSEPSI MURID TERHADAP PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS MENENGAH RENDAH.
SITI ZALEHA TASMAKON

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Sistem pendidikan Malaysia masa kini telah mengalami transformasi pedagogi yang selaras dengan pendidikan abad ke 21. Melalui transformasi pedagogi ini para guru perlu mahir menangani pelbagai masalah yang timbul dalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid dipilih  dapat mengurangkan sikap yang tidak sihat berlaku di kalangan murid semasa proses pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains menengah rendah sama ada kaedah yang diaplikasikan dapat menarik minat murid dan meningkatkan motivasi belajar mereka. Dalam kajian ini, seramai 30 orang murid telah dipilih daripada sebuah sekolah menengah di Masai untuk dijadikan responden. Instumen yang digunakan adalah borang soal selidik dan temu bual. Data-data yang dipungut hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 untuk mendapatkan skor min serta sisihan piawai setiap item.Kebolehpercayaan item yang dibina telah disahkan menggunakan ujian Alpha Cronbach. Hasil analisis menunjukkan sepuluh aspek yang dikaji terdapat dalam pembelajaran koperatif boleh menarik minat murid belajar memaparkan keseluruhan (min=4.18). Begitu juga dengan jenis-jenis pembelajaran koperatif yang dicadangkan memaparkan min secara keseluruhannya (min=4.11) iaitu pada tahap yang tinggi. Bagi item motivasi dalam kajian didapati secara keseluruhannya (min=4.12) juga menunjukkan tahap yang tinggi. Kesimpulannya pembelajaran koperatif boleh diaplikasikan dalam bilik darjah sebagai langkah untuk mengurangkan segelintir murid yang bosan belajar atau menghadapi masalah lain seperti seperti kurang minat serta boleh membantu meningkatkan motivasi belajar murid.