UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
PENGGUNAAN KAEDAH MNEMONIK DALAM MENGINGAT FAKTA SAINS DI KALANGAN MURID TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DI PEJIRANAN KEMPAS
Hazrina Binti Abdul kadir

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat membantu pelajar memahami ilmu yang dipelajari.  Bantuan kaedah Mnemonik meningkatkan dan memantapkan ingatan pelajar untuk mengingat fakta dalam sesuatu konsep Sains khususnya.  Menmonik adalah satu kaedah singkatan  perkataan, ayat atau  ejaan yang digunakan untuk menjadikan suatu pembelajaran itu menyeronokkan . Penggunaan kaedah ini mampu membantu pencapaian dalam pelajaran .  Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengukur keberkesanan penggunaan Mnemonik dalam mengingat fakta Sains.   Responden seramai 450 orang dipilih secara rawak antara 4 buah sekolah di pejiranan Kempas.  Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah  borang soal selidik.  Data-data yang dikumpul , dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif.  Hasil analisis menunjukkan bahawa kaedah ini sangat berkesan membantu murid dalam mengingat fakta Sains  (M= 4.45 , SD= 0.59)  .  Minat murid juga berada di skala likert sangat bersetuju di mana mereka minat menggunakan kaedah Mnemonik dalam pengajaran dan pembelajaran Sains ( M = 4.50 , SD = 0.50).  Kesimpulannya, ini menunjukkan bahawa kaedah Mnemonik ini sangat membantu dan mudah diikuti oleh para pelajar.  Penggunaan yang sangat menyeronokkan menimbulkan perasaan ingin tahu di atas diri pelajar dan seterusnya akan meningkatkan prestasi pelajaran Sains.