UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
PERSEPSI PELAJAR WANITA TERHADAP KEMAHIRAN PSIKOMOTOR DALAM KERJA AMALI DI BENGKEL
Arina Mahirah Zulkifli, LUTFIAH NATRAH ABBAS

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Kemahiran teknikal ditakrifkan sebagai keupayaan menggunakan pengetahuan yang spesifik, prosedur dan teknik dalam sesuatu bidang seperti kejuruteraan. Enrolmen pelajar wanita di kebanyakan institusi pendidikan dalam bidang kejuruteraan adalah tinggi berbanding lelaki. Namun, jumlah pelajar wanita yang meneruskan kerjaya dalam bidang kejuruteraan adalah lebih kecil dari yang menerima latihan. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar wanita terhadap kemahiran psikomotor semasa kerja amali di bengkel dan mengenalpasti perbezaan persepsi pelajar wanita berdasarkan tahun pengajian. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar wanita, tahun akhir pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kajian tinjauan secara kuantitatif di mana borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Soal selidik yang telah dibina berdasarkan kepada persoalan kajian dan matlamat kajian diedarkan kepada 110 orang responden di Fakulti Pendidikan Vokasional, UTHM. Data diperolehi dianalisis menggunakan perisian Stastistical Package for Social Science (SPSS) version 22. Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati Hasil dapatan daripada analisis soal selidik menunjukkan bahawa persepsi pelajar wanita terhadap kemahiran psikomotor bagi penggunaan alatan tangan dalam kerja amali adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu pada aras adaptasi. Analisis dapatan kajian ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga tahun pengajian.