Last modified: 2016-09-14
Abstract
ABSTRAK
Kaedah pengajaran berpusatkan guru yang diamalkan di negara ini telah sekian lama menghalang pelajar untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran Koperatif dicadangkan sebagai alternative dan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap kaedah pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru SJK (T) Ladang Ulu Tiram, Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan guru terhadap pembelajaran koperatif berdasarkan aspek minat dan sosial murid dan aspek perlaksanaan. Sampel terdiri daripada 30 orang guru yang menjawab soal selidik secara sukarela. Data di analisis menggunakan SPSS v.21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap minat dan kemahiran social pelajar adalah tinggi. Guru faham dan bersetuju dengan kesan positif pembelajaran koperatif namun kurang berkeyakinan untuk melaksanakannya.