UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan, Kemahiran dan Sikap serta Hubungannya dengan Aspirasi Kerjaya dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Harian daerah
NOORAZMAN BIN ABD SAMAD

Last modified: 2016-09-14

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat. Persepsi pelajar dalam kajian ini dikaji dari tiga aspek utama iaitu amalan, kemahiran dan sikap serta hubungan yang wujud antara aspirasi kerjaya dengan ketiga-tiga aspek tersebut dalam Mata Pelajaran Vokasional (MPV).Kajian ini melibatkan 126 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV di sekolah harian daerah Batu Pahat.Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0 dan hasil dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk min, sisihan piawai, peratusan dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan (min=4.36) kemahiran (min=4.05) dan sikap (min=4.26) pelajar terhadap MPV secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan, kemahiran dan sikap dengan aspirasi kerjaya. Aspek amalan (r=0.269) dan sikap (r=0.219) menunjukkan hubungan yang sangat lemah manakala aspek kemahiran (r=0.400) menunjukkan hubungan yang lemah. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa persepsi pelajar terhadap MPV di sekolah menengah harian daerah Batu Pahat berada pada tahap tinggi dan terdapat hubungan yang signifikan antara ketiga-tiga aspek yang dikaji dengan aspirasi kerjaya pelajar dalam Mata Pelajaran Vokasional.

Kata kunci:Mata Pelajaran Vokasional (MPV), amalan, kemahiran, sikap, aspirasi kerjaya